Resah kes samun meningkat

Sinar Harian 7 Oktober 2012

Pondok polis yang digunakan untuk menjaga keselamatan 30,000 penduduk Bandar Country Homes dan sekit
Pondok polis yang digunakan untuk menjaga keselamatan 30,000 penduduk Bandar Country Homes dan sekitarnya.

RAWANG – Penduduk Bandar Country Homes mendesak pembinaan balai polis di sini disegerakan berikutan kes samun yang semakin kritikal.

Seorang mangsa samun, Teh Bee Yong dan suaminya, Fann Yow Tek kerugian RM18,000 selepas rumah mereka dipecah masuk, restoran dan kereta jenis Toyota Hilux disamun dalam tempoh setahun.

Bee Yong berkata, penjenayah kini semakin berani bertindak dan tidak takut kepada polis apabila secara terang-terangan melakukan jenayah menggunakan senjata parang.

“Suami perasan kenderaan mencurigakan lalu-lalang di hadapan restoran dan bertindak menutup pintu kaca namun beberapa minit kemudian kereta jenis Mitsubihi Triton dipercayai kereta curi merempuh pintu kaca.

“Kami bertempiaran lari menggunakan pintu belakang termasuk pekerja dan mereka (penjenayah) hanya sempat melarikan komputer riba kerana bimbang polis datang,” katanya.

Menurutnya, aktiviti jenayah yang meningkat di kawasan Sungai Bakau, Bandar Country Homes juga menjejaskan perniagaannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, penduduk menunggu 15 tahun daripada kerajaan menyediakan peruntukan pembinaan balai polis.

“Dari Rancangan Malaysia ke lapan hingga ke-10, penduduk Rawang menunggu tetapi masih belum menerima berita baik sedangkan tapak balai telah disediakan.

“Pondok polis yang dianggap pondok komuniti dengan 10 anggota tidak dapat menampung jumlah penduduk yang dianggarkan 30,000 dan dijangka meningkat berikutan kepesatan pembangunan,” katanya ketika bertemu sebahagian penduduk yang menjadi mangsa kes samun dan pecah rumah.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

Pei Nei berkata, satu petisyen yang akan ditandatangani oleh penduduk Rawang akan dibuat dan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Penduduk hidup dalam keadaan takut berikutan kes samun dan pecah rumah yang semakin meningkat.

“Sebelum ini, perkara sama telah dibincangkan namun tiada penyelesaian dan selepas balai baru dibuka dijangka akan meningkatkan jumlah anggota dan kelengkapan mencukupi untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: