Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN.

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN,Dr Wan Azizah Wan Ismail

Dikesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini. Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik.

Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan. Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin.bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak. Continue reading

春节快乐!龙年如意! Happy Chinese New Year !

Best wishes and regards from me.

“May this New Year bring many opportunities your way, to explore every joy of life and may your resolutions for the days ahead stay firm, turning all your dreams into reality and all your efforts into great achievements. ”

过去一年走过的脚步,留下的是艰辛和攀登的苦,未来一年里展望的路,你我仍需带着更高的理想继续付出。从现在做起迈出勇敢和坚定,祝新的一年里有更大的进步。

愿龙年,除旧迎新好运到,改朝换代在今朝。

恭喜发财!龙马精神!

Penantian Penduduk Kampung Rawang Tin Untuk Miliki Rumah Selesa Berakhir

RAWANG, 21 JAN : Penantian sekian lama penduduk Kampung Rawang Tin untuk mendapatkan kediaman selesa berakhir apabila kerajaan Selangor melaksanakan pelan penempatan semula kawasan itu.

Kampung yang mempunyai 285 tanah plot tersebut akan dimajukan sebagai sebuah taman yang dinamakan Taman Rawang Tin.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap taman itu akan menjadi sebuah taman contoh dari segi keindahan persekitaran, kualiti pembangunan dan kerjasama di kalangan penduduk.

Menurut Abdul Khalid, pembangunan semula kawasan penempatan itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Rawang Tin dengan persetujuaan daripada penduduk sendiri. Continue reading

Gangguan Bekalan Air di Rawang pada 31 Jan

Saya ingin memberitahu penduduk Rawang bahawa gangguan bekalan air akan diadakan pada 31 Jan 2012  (Selasa) dari jam 6 petang hingga keesokan hari pada jam 6 pagi.

Saya mendapati berita ini daripada kenyaatan media SYABAS pada suratkhabar China Press hari ini.

China Press 2012-01-20

Kawasan yang akan terlibat ialah Sekitar Perindustrian Rawang, Sungai Dua, Batu 19 1/4, Taman Pelangi, Taman Wira, Sungai Bakau, Bandar Country Home Sec 1-5 , Saujana Rawang,  Emarald Rawang East dan West.

Sebarang pertanyaan sila hubungi PUSPEL pada 1800-88-5252.

 

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MERAIKAN TAHUN BARU CINA 2012

Sambutan Tahun Baru Cina 2012 akan diadakan di Rawang pada 6 Feb.

(Keyataan media Kerajaan Negeri)

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Khalid bin Ibrahim bersama-sama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

“Kerajaan Negeri Selangor dengan gembira menyambut ketibaan tahun naga, yang dipercayai oleh kaum Cina sebagai tahun yang istimewa dan bertuah,” kata Menteri Besar.

“Saya berharap semua rakyat Selangor, tidak kira kaum, bangsa ataupun agama akan mengambil kesempatan musim perayaan ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.” Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.